Ekonomi

Mudahkan Perkhidmatan Selain Beri Peluang Rakyat Nikmati Perjalanan Percuma

SEMPENA pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya Fasa Satu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhimatan percuma bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama satu bulan.

Oleh itu orang ramai yang telah mengambil kesempatan untuk menuju ke destinasi dengan menaiki perkhimatan pengakutan awam secara percuma.

Kata seorang penumpang, Wati, 49, dari Keramat, dia tidak biasa menaiki perkhidmatan awam tetapi teringin menaiki LRT.

“Jadi saya membawanya untuk merasainya, kebetulan perkhimatan awam adalah percuma, ini adalah kesempatan yang baik untuk saya dan anak-anak,” katanya.

Namun ada juga rakyat yang mengeluh walaupun perkhimatan awam diberikan secara percuma, jarak pulak jauh dari tempat tinggal dan destinasi yang ingin dituju.

Seorang pelajar KUPTM Ampang, Naufal, 21, berharap ada perancangan masa depan untuk memendekkan perjalanan dari Petaling Jaya ke Ampang juga.

“Saya tinggal di Petaling Jaya dan berjauhan dari kolej. Kos peruntukan saya pula adalah RM30 sebulan, ini adalah sebahagian wang saku dari bapa saya.

“Pada pendapat saya kerajaan perlu memendekkan perjalanan kerana perjalanan saya jauh dari Petaling jaya ke Ampang,” ujarnya.

Pekerja swasta di American Bank, Jaeshree K Mahendran, 28, berpendapat inisiatif kerajaan tersebut memberi banyak manfaat kepada orang ramai.

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button