Politik

Muda untungkan DAP, pecahkan undi Melayu

PENUBUHAN parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menyebabkan undi masyarakat Melayu pecah selepas tiga parti yang mewakili kaum itu iaitu Bersatu, Pas dan UMNO berada dalam Perikatan Nasional.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa, kewujudan Muda akan memberi banyak kelebihan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“DAP tahu mereka telah hilang sokongan Melayu dan DAP tahu orang Melayu tidak akan menyokong mereka dan juga parti politik lain yang bersama mereka.

“Jadi fokus DAP PRU-15 hanyalah pada kerusi yang mereka telah menang pada PRU-14 lalu dan cuba pertahankannya dari tewas pada PRU-15 akan datang.

“Maka sebab itu lah Muda yang diketuai Syed Saddiq muncul. Muncul kerana Muda perlu diberikan peranan untuk memecah belahkan pengundi muda agar pengundi muda pada PRU-15 akan datang terpecah kepada satu lagi entiti yang bukan DAP bukan BN bukan PN,” kata Wan Muhammad Azri.

Beliau berkata, pada PRU-14 undi masyarakat Melayu pecah melalui Bersatu, PKR dan UMNO.
“22 bulan PH mentadbir kerajaan orang Melayu baru sedar bahayanya DAP yang berkuasa di dalam kerajaan.
“Hari ini orang Melayu buat keputusan tolak DAP dan tidak akan memberikan ruang kepada DAP dan mana mana yang bersekutu dengan DAP,” kata Wan Muhammad Azri.

Muda pada 10 Oktober lalu mengumumkan parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengasas lain termasuk Afiqah Zulkifli, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet dan Luqman Long.

Turut tersenarai Mutalib Uthman, Radzi Tajuddin, Shahrizal Denci, Siti Rahayu Baharin dan Tarmizi Anuwar.

Dua hari lalu Muda menyerahkan surat tuntutan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menggesa pendaftarannya sebagai parti politik diluluskan dalam tempoh tujuh hari.

Proses pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah dibuat sejak 17 September namun hingga hari ini barisan penaja Muda masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran tersebut.-SM

 

 

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button