Hiburan

Muat naik gambar bersanding, ramai terkejut Hannah Delisha dah bergelar isteri

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hannah Delisha memuat naik gambarnya di atas pelamin bersama dengan suami.

Gambar tersebut telah mengejutkan  bukan sahaja rakan selebriti, tetapi juga peminat Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch.

Menerusi gambar tersebut, Hannah dilihat mengenakan busana rona putih dan gambar suaminya menyarungkan cincin ke tangannya.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, I love you Imam,” tulis Hannah bersama gambar tersebut.

Related Articles

Rata-rata peminat nyata terkejut dengan gambar tersebut dan tidak menjangka yang Hannah begitu pandai menyembunyikan kisah percintaan dan hal perkahwinannya.

Selain doa daripada peminat, rakan selebriti yang lebih awal mengetahui kisah percintaan mereka turut mengucapkan tahniah antaranya ialah Shah Iskandar, Nelydia Senrose dan Adeline Tsen.

Pada September tahun lalu, Hannah telah mengejutkan peminat dengan perubahan imejnya dengan mengenakan hijab.

Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, keputusan untuk berhijab itu dibuat atas sebabnya tersendiri dan bukan kerana ingin berkahwin dalam masa terdekat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button