Nasional

Kabinet bincang tangguh umrah esok – PM

SATU mesyuarat khas Kabinet akan diadakan esok bagi membincangkan penangguhan umrah seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini susulan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada mesyuarat esok, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenai isu dan varian Omicron.

“Esok saya akan mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan bahawa keputusan KKM menangguhkan umrah lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, Segamat, Johor hari ini.

Untuk makluman, penangguhan umrah bakal dikuatkuasakan pada 8 Januari ini.

Dalam mesyuarat Kabinet khas esok Ismail Sabri berkata, perkara yang akan turut dibincangkan ialah berkenaan pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi gelombang kedua banjir. – BERNAMA – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button