Politik

Ali Biju tarik diri tidak bertanding PRN Sarawak

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Justeru beliau tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Krian dan menyeru supaya sokongan padu diberikan kepada calon GPS.

Berikut kenyataan penuh beliau:

*KENYATAAN MEDIA*
*YB DATUK ALI BIJU*
*KHAMIS 9 DISEMBER 2021*

*PENDIRIAN SEBAGAI CALON DUN N.39 KRIAN*

1. Saya telah menawarkan diri sebagai calon DUN N.39 Krian dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat dan pengundi DUN N.39 Krian. Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih semenjak tahun 2011, dukungan dan sokongan yang padu ini telah memperkukuh tekad saya untuk meneruskan khidmat demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok.

2. Walau bagaimanapun, saya menginsafi hakikat bahawa keputusan ini akan menjejaskan hubungan baik di antara BERSATU dan GPS. Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara Perikatan Nasional dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg selaku Pengerusi GPS.

3. Saya penuh yakin bahawa muafakat ini adalah untuk meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara Perikatan Nasional dan GPS.

4. Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas menarik diri sebagai calon DUN N.39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik.

5. Saya menyeru kepada seluruh pengundi di DUN N.39 Krian, DUN N.38 Kalaka, dan DUN N.40 Kabong yang kesemuanya di bawah Parlimen P.205 Saratok untuk memberi dukungan yang padu kepada calon-calon GPS.

*ALI BIJU*
*AHLI PARLIMEN P.205 SARATOK*

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button