Politik

Muafakat Nasional terima Bersatu

UMNO dan Pas telah bersetuju untuk menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Mufakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata, penerimaan Bersatu ke dalam MN dengan matlamat untuk melihat penyatuan dan perpaduam orang Melayu bertambah mantap selaras dengan piagam MN yang termaktub sebelum ini.

Menurutnya, UMNO dan Pas secara komited telah membentuk gagasan Muafakat Nasional kerana menginsafi bahawa kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah kerana perpecahan yang semakin parah.

Annuar berkata, usaha memantapkan MN terus mendapat suntikan tambahan apabila dimaklumkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin bahawa Bersatu berssedia untuk menyertai MN.

Jelas beliau, perkara tersebut telah dibincang dengan teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa Pemandu MN yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 6 Ogos 2020.

“Susulan dari itu surat rasmi telah diutus pada 13 Ogos 2020. Jawapan rasmi kesediaan PPBM menyertai MN telah diterima pada 18 Ogos 2020 di tandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin MOhd. Yassin sendiri.

“Biro Politik UMNO telah membincangkan perkembangan terbaharu ini pada 23 Ogos 2020 dan turut melibatkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi BN Negeri,” kata Annuar.

Menurutnya, UMNO amat prihatin dan mengambil berat akan usaha menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu Islam.

“Ia adalah satu kewajipan dan keutamaan yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO itu sendiri.

“Atas dasar itu UMNO telah bersetuju supaya MN menerima penyertaan Bersatu dan ingin melihat dengan penyertaan tersebut, penyatuan dan perpaduan orang Melayu bertambah mantap lagi selaras dengan piagam MN yang termaktub sebelum ini,” kata Annuar dalam satu kenyataan.-SM

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button