PRK

Jangan ingat wartawan kebal!

Boleh dikatakan ini kali pertama petugas media atau wartawan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 ketika membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Difahamkan, seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika penamaan calon di N44 Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, hari ini.

Weng Kian Yong, 42 tahun, berkata, dia hanya pergi kepada calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka tanpa menyangka dia akan dikenakan kompaun.

“Saya hanya mendekati calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefonnya.

“Sebab ketika itu memang ada wartawan lain yang turut menemuramah, tetapi saya sahaja dikenakan atas alasan terlalu rapat dengan calon berkenaan,” dakwanya.

Sementara itu, seorang lagi petugas media daripada portal Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47, hanya diberi amaran.

Pertembungan di DUN Larkin kali ini hampir pasti melibatkan enam penjuru.

Barisan Nasional mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, 38 tahun, dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48 tahun.

Perikatan Nasional pula meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, 44 tahun, manakala Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan Mohamad Riadz Hashim, 49 tahun.

Ikatan Muda Demokratik (MUDA) pula meletakkan harapan ke atas Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar, 28 tahun, sekali gus melihat pertembungan antara parti itu dengan PKR.

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button