Politik
Trending

Sokong Rukun Negara atau kosongkan kabinet – Kit Siang

PAKATAN HARAPAN (PH) dahulu sepatutnya mengisytihar atau berikrar untuk menjunjung Rukun Negara seperti dinasihatkan bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kabinet yang bertahan cuma selama 22 bulan itu sepatutnya berbuat demikian kerana ketika pemerintahan PH banyak isu yang menjadi kontroversi.

Selain Kedaulatan Undang-Undang, rukun yang lain juga dilihat tidak dihayati pemimpin PH ketika menjadi kerajaan.

Antara isu yang menjadi kontroversi adalah adalah penggunaan selain Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti di papan tanda jalan.

Selain itu, kedudukan Islam juga terganggu dengan pelbagai isu seperti LGBT, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan isu Tabung Haji.

“Saya menyeru kepada semua Menteri Kabinet dalam kerajaan Muhyiddin untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kelima-lima prinsip Rukun Negara.

“…dan supaya mereka mengosongkan kedudukan mereka jika tidak bersedia untuk berbuat demikian.

“Kabinet Muhyiddin ini kelihatan seakan-akan Kabinet yang paling lemah sokongannya terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ini.

“Perkara ini adalah satu kecacatan terbesar Kabinet beliau.”

Demikian kata Kit Siang dalam satu kenyataanya hari ini menggesa anggota Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjunjung Rukun Negara.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Gelang Patah itu dilihat terlupa terhadap beberapa isu yang pernah timbul ketika pemerintahan PH.

Pelbagai isu-isu sensitif dibincang secara terbuka dalam media sosial termasuklah hal berkaitan sokongan kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Cadangan sedemikian mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat yang menanggap isu sedemikian sebagai cubaan untuk menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Malah isu integriti juga timbul menyentuh Rukun Negara kedua iaitu Kedaulatan Undang-Undang.

Antara isu yang timbul ketika itu adalah membabitkan penghinaan kepada institusi raja-raja melibatkan sosok yang dikenali sebagai Ustaz Wan Ji.

Selain itu, tindakan Peguam Negara ketika itu Tan Sri, Tommy Thomas menggugurkan kes-kes pemimpin PH seperti kes Lim Guan Eng yang digugurkan daripada tuduhan rasuah.

Malah, terkini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku meminta Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sebelum itu Tommy bertindak menghentikan prosiding terhadap individu yang dikaitkan dengan LTTE.

Tambah Kit Siang, perakuan dan ikrar tersebut adalah penting sebagai langkah untuk membina negara bangsa yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya.

Namun, beliau juga mendakwa tidak yakin dengan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjunjung prinsip Rukun Negara.

“Saya tidak pasti jika semua Menteri Kabinet Muhyiddin bersedia untuk berbuat demikian.

“Tidak ada gunanya untuk para pelajar kita menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara ini jika para Menteri Kabinet sendiri tidak bersedia.

“Bola kini berada di dalam gelanggang Muhyiddin Yassin. Adakah perkara ini akan dibangkitkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet?” soalnya. – SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button