Politik

ADUN Rahang keluar DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh  keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang pertama di Negeri Sembilan.

Dia turut meletakkan jawatan sebagai setiausaha organisasi Wanita DAP, naib ketua wanita PH nasional, ketua wanita DAP negeri dan timbalan ketua wanita PH negeri,”

Dalam sidang akhbar hari ini, Mary Josephine menegaskan dia terus kekal sebagai wakil rakyat yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Adun yang telah memegang kawasan Rahang selama dua penggal dan telah bersama DAP selama 46 itu berkata, dia telah berulang kali diketepikan dari proses membuat keputusan.

“Saya mahu pengundi saya tahu, saya masih ada bersama anda. Saya masih Adun anda, saya masih dengan kerajaan Pakatan Harapan, saya akan terus berkhidmat untuk rakyat. Pusat perkhidmatan saya yang beroperasi dua kali sebulan akan berterusan.

“Saya tidak berubah, saya masih YB, saya masih orang yang sama. Datanglah kepada saya jika anda mempunyai apa-apa masalah,” katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohd Omar mengsahkan menerima menerima surat makluman tentang peletakan jawatan Mary sebagai ahli DAP.

“Kita menghormati keputusan beliau walau pun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil),” katanya.-SM

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button