JenayahNasional

Penyeludup ketum, rempuh pengiring menteri ditahan

POLIS menahan seorang penyeludup daun ketum yang merempuh kenderaan polis yang mengiringi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri di Felda Mata Ayer pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Saifudin Aslin Abbas berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suspek telah melanggar dua motosikal polis trafik dan merempuh sebuah kenderaan peronda (MPV) polis yang membuat iringan keselamatan.

“Bagaimanapun rombongan menteri selamat dalam kejadian itu, manakala pemandu kenderaan peronda polis yang dirempuh mengalami kecederaan pada bahagian tangan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis menahan suspek berusia 43 tahun yang juga merupakan penduduk Felda Mata Ayer, dan merampas 19 guni putih berisi daun ketum dianggarkan seberat 570 kilogram dan 0.8 gram dadah disyaki jenis Metaphetamine.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cubaan membunuh, menghalang tugas penjawat awam dan memandu secara melulu, di samping Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana menyeludup daun ketum. – BERNAMA
(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button