Nasionalpilihan

MRA sumbang RM529,358 kepada ATM

Malaysian Relief Agency (MRA) memberi sumbangan bernilai RM529,358 kepada Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (ATM) dalam usaha untuk menangani Covid-19.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, penyerahan sumbangan ini adalah bertujuan meningkatkan lagi tahap fasiliti perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikelola oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menangani wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia.

“The Edge Media Group merupakan antara syarikat korporat yang tampil memberi sumbangan ikhlas.

“Kerjasama ini tidak asing lagi buat MRA di mana sejak PKP 1.0, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah bekerjasama dengan MRA untuk membuat penghantaran barangan misi kemanusiaan ke Borneo.

“The Edge Media Group merupakan antara penyumbang terbesar MRA yang telah menyumbang
sebanyak RM 4.7 Juta kepada MRA sepanjang PKP 1.0 hingga kini.

“Barangan sumbangan tersebut terdiri daripada barangan perubatan seperti peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Apron perubatan, mesin Ventilator, Oxygen Concentrator, pelitup muka, dan set PPE bagi kegunaan Hospital Sibu dan Hospital Labuan,” katanya.

Terdahulu, majlis serangan sumbangan telah dibuat di Hospital ATM yang disampaikan oleh Presiden MRA dan diterima oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Bin Mat Jusoh.

Sementara itu, Dr Mohd Daud berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sehingga kini, MRA telah menyalurkan sumbangan sejumlah RM 15.0 Juta yang melibatkan sumbangan pek makanan serta barangan perubatan dan bukan perubatan untuk membantu mereka yang terjejas.

“MRA juga telah menyalurkan sebanyak RM 700,000 untuk misi operasi banjir di Malaysia.

“Kita menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang banyak menyumbang kepada
MRA sebelum ini serta amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan
sumbangan di masa hadapan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief agency (MRA), hubungi 03-91744672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. -SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button