Jenayahpilihan

Sindiket edar dadah di Melaka tumpas

Sebuah sindiket pengedaran dadah di negeri ini tumpas susulan dua lelaki tempatan berjaya diberkas polis Kontinjen Melaka, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dua lelaki berusia 24 dan 35 tahun berjaya diberkas di sebuah kondominum di Tanjong Keling dekat sini hasil serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri kira-kira pukul 3.30 pagi.

Menurutnya, hasil serbuan tersebut, polis berjaya merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 3.16 gram dianggarkan nilai RM114,668.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu bergerak aktif sejak Jun tahun lalu. Mereka menjadikan kondominium yang disewa sebagai tempat pembungkusan sebelum diedarkan ke Batu Pahat dan Johor Bahru,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, polis turut merampaskan harta milik kedua-dua suspek seperti barang kemas dianggarkan bernilai RM21,763, wang tunai RM13,000 dan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM136,431.

Katanya, lelaki terbabit juga positif dadah jenis syabu atau methamphethamine hasil daripada ujian saringan air kencing selain mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua lelaki berkenaan direman selama tujuh hari sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button