Nasionalpilihan

Melaka perkasa ekosistem digital

Ekosistem digital dalam aspek pembangunan menjadi tumpuan utama kerajaan Melaka untuk menjadi sebuah negeri pintar pertama di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ekosistem digital itu merangkumi dalam sektor perindustrian, pertanian, pendidikan, kesihatan, pembuatan, pengangkutan pintar dan pelancongan.

Menurutnya, ia adalah antara aspek utama bagi membantu merancakkan pembangunan perniagaan serta industri di negeri ini melalui penyampian secara digital.

“Kita akan menjadikan Melaka sebagai negeri pertama di negara ini dan sebagai negeri perintis mendigitalkan dalam segala aspek.

“Ia bagi memastikan pelbagai ruang dan peluang kerjaya ditawarkan menerusi satu pengkalan data yang cukup baik. Inisiatif ini akan memberikan peluang terbaik kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa dan Ekspo Smart Melaka 2023 (SMIX2023) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MITCH) Sdn. Bhd. Dr. Nazdiana Ab Wahab.

Expo Antarabangsa SMIX2023 yang berlangsung di Dewan B MITC selama empat hari melibatkan kira-kira 100 agensi dan syarikat pendigitalan negara yang mempamerkan pelbagai peluang serta produk dihasilkan dalam industri digital.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, kerajaan negeri memberi sokongan penuh bagi penganjuran program seperti itu bagi memperluaskan pendidikan digital khususnya kepada generasi muda.

“Saya tertarik dengan pendidikan dan pendedahan mengenai pendigitalan kepada generasi muda yang tidak harus melepaskan peluang sepanjang empat hari SMIX2023 berlangsung,” ujarnya.

Katanya, pelbagai pertandingan dianjurkan seperti robotik dan pencetakan tiga dimensi bagi menunjukkan inisiatif kreatif baharu kepada golongan ini. – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button