Ekonomi

MR. TOY buka cawangan ke-50 di IOI City Mall, Putrajaya

MR. TOY, subsidiari MR D.I.Y. Group (MR D.I.Y.), hari ini mengumumkan pembukaan cawangan terbarunya di IOI City Mall, Putrajaya, menjadikan jumlah cawangannya di seluruh negara sebanyak 50 buah.

Untuk meraikan pencapaian ini, sebuah acara pembukaan rasmi akan diadakan di cawangan baharu tersebut dari 10 – 12 Disember.

Selain itu, kesemua 50 cawangan MR. TOY di seluruh negara akan menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang bulan ini, dengan diskaun sehingga 30% untuk barangan terpilih.

MR. TOY yang dilancarkan pada tahun 2019 adalah rangkaian kedai mainan pertama yang berasal dari negara ini.

Setakat ini, jenama tersebut menawarkan pelbagai mainan berkualiti dalam 9 kategori – Kereta & Alat Kawalan Jauh; Permainan & Kostum Lakon Watak; Seni & Aktiviti; Sukan & Permainan Luar Rumah; Aksi & Pengembaraan; Set & Blok Binaan; Pembelajaran, Keseronokan & Permainan; Peralatan Parti; serta Bayi & Anak Patung –  semuanya pada harga yang rendah dan nilai yang hebat untuk wang.


Untuk memberi lebih kemudahan kepada para pelanggan, produk mainan MR. TOY juga telah dilancarkan di laman web e-dagang MR. D.I.Y. di https://www.mrdiy.com.my bermula November 2021.

MR. TOY berusaha memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak dan ibu bapa dengan menawarkan mainan yang berkualiti pada harga yang berpatutan, kata Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group semasa mengumumkan penambahan cawangan terbaru itu.

“Moto jenama MR. TOY, – ‘Always Low Prices, Always Fun’ juga menggambarkan matlamat kami untuk membantu ibu bapa mendapatkan lebih nilai bagiwang mereka. Kami ingin menyediakan akses yang mudah kepada mainan berunsur pendidikan yang selamat dan menarik untuk ibu bapa, kanak-kanak dan peminat mainan di Malaysia tanpa perlu mengeluarkan terlalu banyak belanja,” kata Chin.

“Kami melancarkan cawangan pertama kami di Rawang pada bulan Mei 2019. Dalam masa hanya 2 tahun, kami telah pun berjaya membuka cawangan ke-50! Seperti MR D.I.Y., MR. TOY juga adalah salah satu cara kami memenuhi janji ‘Always Low Prices’ kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Selain itu, dengan adanya tawaran produk-produk ini di laman sesawang e-dagang kami, kami berharap dapat menyediakan lebih kemudahan kepada ibu bapa untuk membeli permainan di mana sahaja, pada bila-bila masa.

“Kami akan terus mengembangkan rangkaian MR .TOY kami dan menawarkan pelbagai permainan yang berkualiti dan mampu milik,” kata Chin.

Bersempena pembukaan mega cawangan baharu di IOI City Mall, Putrajaya, MR. TOY akan turut mengadakan acara pembukaan mega yang menarik dari 10 – 12 Disember 2021, dengan diskaun sehingga 30% untuk mainan terpilih di cawangantersebut serta hadiah percuma dengan pembelian.

Aktiviti-aktiviti menarik yang lain termasuk “Shopping Spree” dan “Claw Machine”. MR. TOY juga akan menganjurkan Promosi Seluruh Negara, dengan diskaun sehingga30% untuk rangkaian menarik yang merangkumi 50 produk di kesemua cawangannya di seluruh negara.

Bagi meraikan musim perayaan hujung tahun ini, MR. TOY IOI City Mall akan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk keseronokan seisi keluarga seperti permainan baling bola dan Plinko.

Bersempena perayaan Krismas, kesemua cawangan MR. TOY juga akan menawarkan perkhidmatan Membalut Hadiah tanpa had minimum pembelian. Terdapat juga acara ‘Santa Walkaround’ (‘Kunjungan Santa’) di  awangan-cawangan MR. TOY terpilih untuk memeriahkan lagi perayaan ini di mana kanak-kanak akan menerima belon percuma dari Santa Claus!

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari laman sesawang MR. TOY, https://www.mrtoy.com.my/, atau laman media sosialnya di — Facebook dan Instagram @mrtoyMY dan @mrtoy_malaysia. Senarai cawangan-cawangan MR. TOY boleh didapati di pautan ini: https://www.mrtoy.com.my/storelocator/.

(Visited 435 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button