BanjirBencana alamNasionalpilihan

Anwar tiba di Kota Bharu tinjau situasi banjir di Kelantan

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu bagi meninjau perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan.

Pesawat membawa Anwar tiba jam 12.08 tengah hari dan ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadir sama Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.

Anwar mengadakan lawatan ini setelah beliau memaklumkan akan ‘turun padang’ ke negeri ini menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Sebaik tiba, beliau mendengar taklimat situasi banjir yang diberikan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab.

Anwar yang juga Menteri Kewangan diiringi Mohd Nassurudin Daud, Nik Nazmi dan para pegawai kerajaan negeri dalam tinjauan selama sehari itu.

Menurut jadual, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan di Pasir Mas termasuk melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.

Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.

Laporan semalam memaklumkan jumlah mangsa banjir di Kelantan yang tertinggi melibatkan 17,466 orang dan daerah terjejas teruk termasuk Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah serta Gua Musang.

Pertambahan jumlah mangsa dan PPS yang dibuka sedang dipantau NADMA dengan koordinasi merentas agensi susulan cuaca masih tidak menentu menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). – SM

Artikel berkaitan > Kerajaan teliti ubah suai alur limpah Sungai Golok atasi banjir termenung

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button