Luar Negara

Hospital di Gaza di tahap kritikal-WHO

SISTEM kesihatan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap yang kritikal, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, masa semakin suntuk dan malapetaka kemanusiaan mungkin sukar dielakkan jika bekalan bahan api dan bekalan ubat-ubatan serta kemanusiaan tidak dapat dihantar dengan segera ke Semenanjung Gaza ekoran sekatan yang dikeluarkan oleh pemerintah Israel.

“Setiap hari hospital hanya mempunyai bekalan elektrik untuk tempoh beberapa jam sahaja kerana terpaksa mencatu bekalan.

“Apabila kecederaan dan kematian terus meningkat akibat serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza, kekurangan bekalan bertambah serius membataskan kapasiti tindak balas hospital yang sudah terbeban merawat pesakit,” lapor Agensi Anadolu.

WHO memberitahu, mereka bersedia untuk segera menghantar bekalan penting dan kesihatan asas melalui pusat logistiknya di Dubai dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan bekalan itu dapat sampai ke Semenanjung Gaza. – SM

BACA WHO desak negara kaya bagi sumbangan jayakan ACT-A

BACA “Golongan Homoseksual, Kami Rayu Tolong Hadkan Aktiviti Seksual” – Rintih WHO

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button