BeritaNasional

Panduan untuk memohon faedah sistem insurans pekerjaan PERKESO

KUALA LUMPUR – Bagi mereka yang senasib dengan kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, mungkin pengalaman pengalaman wartawan Utusan memohon SIP boleh dijadikan panduan dan boleh dikongsi bersama untuk pengetahuan.

Bermula hari ini, semua petugas Utusan Melayu (M) Berhad yang diberhentikan kerja layak mengisi borang permohonan faedah sistem insurans pekerjaan (SIP) sama ada menerusi dalam talian atau hadir terus di pejabat-pejabat Perkeso seluruh negara.

Bagi yang mengisi borang secara manual, mereka hanya perlu membawa salinan MyKad (depan dan belakang), surat/bukti asal pemberhentian pekerjaan, salinan akaun bank dan salinan rekod gaji selama enam bulan sebelum kehilangan pekerjaan.

Jangan bimbang jika rekod atau slip gaji tidak mengikut turutan seperti April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan September, asalkan slip yang disertakan tersebut masih dalam tahun ini.

Contohnya, jika kehilangan slip gaji pada bulan April, kita masih boleh menggantikan dengan slip gaji bulan Mac. Di dalam borang letakkan sahaja nota slip gaji bulan April tiada dalam simpanan.

Masa yang diambil untuk mengisi borang setebal empat muka surat ini hanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja.

Semua maklumat yang diperlukan adalah maklumat-maklumat biasa kecuali bagi yang bujang, perlu memastikan mereka mengetahui butir-butir peribadi orang dalam tanggungan seperi ibu, bapa atau adik-beradik (mereka yang berkahwin mungkin tiada masalah hal ini).

Selesai mengisi, serah semula borang tersebut kepada pegawai bertugas. Jangan malu untuk bertanya kerana sebut sahaja Utusan, berdasarkan pengalaman sendiri, mereka tidak keberatan untuk membantu, malah bertanya “Bila Syed Mokhtar nak buka semula suratkhabar.”

Proses dari awal (mengambil nombor giliran) sehingga selesai juga mudah. Bagaimanapun tempoh masa sebenar adalah bergantung kepada jumlah pelanggan yang berurusan.

Saya hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

Bagi memudahkan urusan rakan seperjuangan, anda boleh menghubungi pegawai terbabit, saudara Mohd.Ihsan Mohd. Sidek di talian 016-7369503 atau 03-33442501.

bermula 1 Disember 2018, bagi pekerja yang hilang pekerjaan dan cukup mencarum minimum 11 bulan, mereka layak menuntut faedah penuh SIP seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).

Sedikit maklumat berhubung SIP

Visi
Menyediakan perkhidmatan pekerjaan awam yang sofistikated (PES), maklumat pasaran buruh (LMI), dan faedah kehilangan pekerjaan kepada tenaga buruh di Malaysia bertujuan untuk menggalakkan pasaran buruh aktif.

Misi
Misi kami adalah untuk:
1. Menyediakan bantuan kewangan segera dan peluang peningkatan kemahiran melalui latihan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
2. Membantu pekerja mendapat pekerjaan yang berpadanan dengan kemahiran dan minat mereka
3. Membantu majikan mengisi jawatan kosong dengan calon yang paling sesuai dan berkelayakan
4. Menyediakan Maklumat Pasaran Buruh (LMI) yang terkini dan menyeluruh
5. Menasihati institusi pendidikan dan latihan mengenai prospek pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan untuk pelbagai bidang kerjaya

Untuk maklumat jadual kelayakan bantuan boleh layari link ini https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-faedah/jadual-faedah

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button