Nasional

MPS Anjur Kempen Membasmi Tikus, Akan Dibeli Pada Harga RM1 Seekor!

Dalam usaha menangani masalah tikus yang membiak dan berkeliaran tanpa kawalan, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sedia membeli tikus pada harga RM1 bagi setiap seekor yang berjaya ditangkap.

Dalam erti kata lain, jika ada warga Sandakan mahu membeli kereta Perodua Myvi dengan deposit 10 peratus, maka bolehlah memburu tikus-tikus di Sandakan sekitar 4,000 hingga 5,000 ekor.

Jika bercadang mahu membeli tiket kapal terbang dari Sandakan ke Langkawi, boleh menangkap 370 hingga 530 ekor tikus bagi membiayai perjalanan tanpa menggunakan duit gaji atau simpanan peribadi.

Jika anda mahu membeli iPhone 13, jumlah tikus yang perlu ditangkap adalah sekitar 3,399 hingga 3,899 ekor dalam jangka masa tertentu menerusi perancangan yang strategik.

 

Sesungguhnya, usaha MPS yang sanggup membeli tikus yang ditangkap dengan harga RM1 bagi setiap seekor membuka peluang pendapatan baharu kepada warga Sandakan pada era harga minyak dihapuskan subsidinya!

(Visited 585 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button