Politik

Siasat penyelewengan dana RM92.5 bilion secara terbuka, Che’gu Bard

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan ketika pandemik COVID-19 sewaktu pentadbiran terdahulu.

SPRM menahan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta kerana didakwa menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi antara 2020 dan 2022.

Dalam pada itu, Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin meminta telus dalam kes penahanan seorang Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan atas dakwaan penyelewengan dana RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan ketika pandemik COVID-19.

Siasatan atau tindakan tidak boleh dibuat secara terpilih, sebaliknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak tuntas dan berani menyelesaikan kes ini secara menyeluruh dan terbuka.

Che’gu Bard berharap ia bukan bertujuan mengalihkan isu sepertimana usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai sedang ‘membebaskan’ kluster mahkamah.

“Siapa bersalah, didakwa. Kes yang berada di mahkamah perlu diselesaikan, bukan cakap mahkamah terbuka tapi lepas itu tiba-tiba pendakwa raya tarik balik kes.

“Ini adalah usaha mengalih isu demi isu dengan menggunakan medan kerajaan untuk berkempen menyalahkan parti itu parti ini dalam keadaan cuba mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan Kerajaan Perpaduan menyelesaikan masalah kos sara hidup, ekonomi, malah mereka juga berkecamuk berperang sama sendiri seperti kemelut politik berlaku di Sabah,” katanya kepada Awani.

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button