Politik

MPPWP akan diberi nafas baharu – Annuar

MAJLIS Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) akan diberi nafas baharu bagi memastikan ia dapat berperanan dan berfungsi dengan lebih baik lagi, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima kementerian, terdapat sebahagian besar MPPWP yang tidak aktif dan tidak pernah menghantar sebarang laporan kegiatan dan perbelanjaan seperti yang disyaratkan sejak ahlinya dilantik.

“Malah banyak yang tidak pernah menghantar laporan walaupun peruntukan telah dibelanjakan. Selain itu, pihak kementerian juga menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang tidak berpuas hati kerana MPPWP tidak aktif dan berfungsi dengan baik,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Perikatan Nasional akan tubuh sekretariat – Annuar Musa

Annuar berkata, keputusan untuk menyusun semula MPPWP dibuat susulan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini.

Annuar berkata ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan juga boleh mencadangkan nama-nama individu terutama yang aktif dan berkebolehan dalam persatuan penduduk untuk menduduki MPPWP. – BERNAMA

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button