fbpx
Politik

MPKK bawa pembangunan positif untuk Sarawak

SUARA MERDEKA-Penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), yang akan dilaksanakan di Sarawak mulai Januari tahun depan, dilihat bukan satu masalah malah  mampu membawa kemajuan positif untuk komuniti luar bandar. 

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Jaziri Alkaf Suffian, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sedia ada boleh terus fokus kepada kegiatan adat.  Manakala MPKK pula memfokus kepada pembangunan komuniti seperti aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, pendidikan dan pembangunan luar bandar. 

“Banyak peluang dan ruang boleh dinikmati oleh komuniti luar bandar. Saya sarankan penduduk kampung merebut peluang ini untuk saling bersama dan bersatu untuk memastikan pengurusan dan pembangun komuniti Sarawak lebih progresif. 

“Bagi saya pandangan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) cuba pecah perintah rakyat Sarawak di peringkat kampung dengan melantik tuai rumah sendiri adalah tidak betul dan telah disalah ertikan oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ujar Jaziri Alkaf, Kerajaan Persekutuan hanya akan melantik Pengerusi MPKK bagi setiap kampung dan bukan menggantikan ketua kaum atau tuai rumah sedia ada yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Ordinan Ketua Masyarakat 2004.


“Malah kerajaan negeri di bawah GPS bertindak agak keterlaluan apabila  tidak membayar elaun kepada ketua-ketua rumah panjang yang menyokong PH. 

“Malah dikatakan 100 daripada lebih 400 ketua rumah panjang di bawah Ngemah dan Machan negeri tidak menerima elaun mereka sehingga hari ini.

Ujar beliau lagi, mereka ini menjadi mangsa sejak pilihan raya lepas apabila ketua-ketua rumah panjang ini membenarkan orang-orang PH memasuki rumah panjang mereka untuk berkempen.

Oleh itu ujar Jaziri Alkaf, 

sesiapa yang akan dipilih untuk duduk di bawah MPKK supaya tidak mencontohi amalan sedemikian dan berkhidmat dengan adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik demi kemakmuran bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button