BeritaPolitik

Kaum lain perlu berasimilasi menjelang 2040

ADAKAH Malaysia kini selesa dengan ramuan perpaduan kaum (A+B+C = A+B+C) atau perlu berasimilasi (A+B+C = D) dalam masa-masa mendatang?

Formula berkenaan perlu dilihat berdasarkan isu-isu perpaduan kaum yang dibangkitkan hari ini termasuklah dakwaan Islamisasi melalui kaedah pembelajaran tulisan Jawi.

Bagaimanapun, Malaysia kini dikatakan hilang identiti bangsanya dan perkembangan pendidikan melalui sekolah vernakular dinilai masyarakat sebagai sesuatu yang tidak sihat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii memberitahu, semakan semula terhadap perlembagaan persekutuan wajar dilakukan mengembalikan asalnya negara ini.

“Perangkaan menjangkakan 80% kependudukan di Malaysia akan berbangsa Melayu Bumiputera pada tahun 2040.

“Ini memberi kelebihan untuk perancangan membentuk identiti Rakyat Malaysia, sekian lama Negara ini bergelut untuk mencari identiti bangsa dek kerana pertembungan Budaya bangsa,” kenyataannya yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Tambahnya, pendapatan negara tidak wajar dipecahkan kepada penjanaan pendidikan berdasarkan kaum, sebaliknya perlu disalur kepada satu aliran sahaja.

“Rakyat Malaysia mesti diletakan dibawah satu aliran sekolah, pendapatan negara hanya boleh digunakan untuk mendidik rakyat Malaysia sekolah satu aliran, sistem sekolah ini mestilah terbaik, guru-guru yang terbaik untuk memberikan rakyat Malaysia yang terbaik di masa hadapan.

“Perlembagaan Malaysia perlu dikemaskan dan dikembalikan kepada asalnya negara ini, perlu ketegasan didalam merancang dalam pendidikan dan tidak perlu bercampur aduk dengan yang lari daripada Perlembagaan,” tegasnya.

Menurut Razlan lagi, ia tidak mustahil dilaksanakan, cuma memerlukan ketegasan dalam membentuk identiti negara bangsa pada masa akan datang.

“Perancangan ini memerlukan ketegasan dan kesungguhan, tidak boleh lagi bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menerima semangat perlembagaan.

“Kita rancang elok-elok, insyallah akan ada keberhasilannya,” tuturnya. – SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button