Politik

MP Machang tarik sokong terhadap PM, kerajaan PN goyah

Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi UMNO negeri Kelantan itu mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi.

“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Kerajaan PN sebelum ini mempunyai sokongan 112 ahli Parlimen. Bagaimanapun seorang daripada mereka Ahli Parlimen Gerik (BN) Allahyargah Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang pada 16 November kerana sakit jantung.

Penarikan sokongan tersebut dan kematian Hasbullah menyebabkan PN ini hanya mempunyai sokongan 110 Ahli Parlimen.

Keseluruhan Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah 220 orang setelah Ahli Parlimen (PH) Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia.-SM

(Visited 712 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button