Politik

MP Johor dilantik Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Johor, Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS).

Pelantikan tersebut dibuat oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga merupakan Pengerusi PPAS melalui surat bertarikh 22 Oktober.

“Alhamdulillah Saya dengan berbesar hati dan gembira menerima kepercayaan Kerajaan Negeri Selangor melantik saya sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS).

“PPAS @selangorlibrary yang diterajui oleh Pustaka Raja Tun Uda merupakan rangkaian Perpustakaan tempatan yang paling aktif dan kreatif,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, beliau akan memberikan sepenuh daya untuk menggalas amanah yang diberikan.


“Saya yakin dengan naungan dan sokongan berterusan DYMM Tuanku Sultan, isu pendidikan dan usaha memandaikan rakyat di negeri Selangor akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB MB Selangor @amirudin_shari selaku Pengerusi PPAS dan juga pendokong kuat kepada pendidikan dan industri perbukuan dalam negeri Selangor,” katanya.-SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button