NasionalParlimen

MP Jelutong mohon kelonggaran ujian Covid-19 di Parlimen

KELONGGARAN ujian saringan Koronavirus (Covid-19) dimohon bagi Ahli Parlimen yang akan menyambut perayaan Deepavali pada Sabtu ini.

Permohonan itu dibuat apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Ahli Parlimen menjalani ujian saringan Covid-19 pada Khamis ini.

Arahan tersebut dimaklum oleh beliau kepada Ahli Parlimen sebelum memasuki sidang mesyuarat ketiga Dewan Rakyat pada Isnin 16 November ini.

Namun, hal demikian dikhuatiri menyekat Ahli Parlimen yang mungkin tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat pada Khamis kerana pulang ke kawasan masing-masing untuk menyambut perayaan Deepavali pada Rabu ini.

“Boleh ke saya memohon kelonggaran kerana hari Sabtu ini ada yang akan menyambut Deepavali.

“Ada yang akan balik ke kampung halaman masing-masing pada hari Rabu. Mungkin hari khamis tidak akan hadir.

“Jadi, boleh ke saya mohon kalau Speaker boleh mengatur supaya Ahli Parlimen yang akan balik menyambut Deepavali pada hari Rabu ini dan mungkin tak sempat hadir pada hari Khamis boleh menjalankan pemeriksaan di Parlimen esok bersama-sama dengan pegawai.

“Mungkin bayaran boleh dikenakan untuk pegawai kerana mereka yang mengiringi kami juga akan balik ke kampung halaman dan mungkin tak sempat menjalani pemeriksaan di hospital-hospital di Pulau Pinang atau dimana-mana.

“Jadi, boleh ke saya mohon kelonggaran ini dibuat pada hari esok.”

Kata Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji, hari ini meminta kelonggaran terhadap arahan menjalani ujian Covid-19 di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia.

Susulan itu Azhar Azizan memaklumkan, hal tersebut akan dimaklumkan kepada pengurusan Parlimen Malaysia.

Terdahulu, beliau memaklumkan mengenai arahan menjalani ujian Covid-19 kepada Ahli Parlimen, namun pegawai yang mengiringi perlu menjalaninya di hospital atau pusat perubatan.

“Sementara bagi Ahli Parlimen yang memilih untuk membuat ujian di mana-mana hospital atau pusat perubatan swasta, keputusan ujian tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum Ahli Parlimen menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin 16 November 2020.

“Dalam pada itu, pegawai yang mengiringi Ahli Parlimen juga perlu menjalani ujian Covid-19 dan pegawai tersebut perlulah berhubung terus dengan hospital atau klinik berkaitan bukan dengan Parlimen.

“Pihak pentadbiran Parlimen Malaysia akan mengeluarkan notis kepada Ahli Parlimen mengenai perincian ujian tersebut,” kata Azhar Aizan. – SM

(Visited 610 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button