Politik

MP bebal keluar masa Najib berbahas – AMK

AHLI Parlimen Pakatan Harapan yang keluar semasa Ahli Parlimen Pekan berbahas semalam dianggap sebagai gagal memahami situasi politik semasa.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata, ahli Parlimen terbabit tidak memahami bahawa Najib bukan lagi lawan Pakatan Harapan.

“Isu MP bebal yang walk out masa Najib Razak berbahas ini maksudnya dia gagal faham situasi politik semasa. Yang kita lawan harini bukan Najib. Ya bukan Najib.

“Yang kita lawan adalah kerajaan yang bobrok dan pincang. Mereka yang masih memegang kuasa melalui pintu belakang, yang kau sibuk nak protes Najib buat apa. Dia dah tak ada kuasa apa-apa,” kata Syed Badli Shah.

Beberapa ahli parlimen bertindak keluar dari Dewan Rakyat semalam sebagai protes terhadap ucapan belanjawan oleh bekas perdana menteri Najib sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Najib yang baru dilantik ke jawatan itu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Syed Badli Shah berkata, ahli Parlimen terbabit sepatutnya memberi tumpuan terhadap isu semasa dan kesusahan rakyat. Mereka tidak sepatutnya meroyan sehingga menyusahkan rakyat.

“Kes dia biar mahkamah tentukan. Kalah di mahkamah tinggi, kini ke mahkamah rayuan. Namun kes masih berjalan. Kalau akhirnya dia bersalah, biarlah dia dijatuhi hukuman. Kenapa kau pula yang meroyan.

“Sebagai MP tolong fokus isu semasa dan kesusahan rakyat. Bukan menyusahkan rakyat,” kata Syed Badli Shah.

Ahli Parlimen Petaling Jaya (PKR) Maria Chin Abdullah antara yang keluar ketika Najib membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Maria Chin Abdullah

Maria berkata, dia keluar dewan sebagai tanda protes memandangkan Najib telah diputuskan bersalah atas kesalahan rasuah di mahkamah, namun masih diberikan ruang istimewa untuk membahaskan belanjawan.

“Najib diputuskan bersalah dalam kes rasuah. Tapi hari ini dia hadir sebagai pengerusi BNBBC, membahaskan Belanjawan 2021 macam tak ada apa-apa.

“Saya protes dan keluar (dewan)! #NotMyNewNormal,” ciap Maria di Twitter.

Antara yang turut menciap hal sama di Twitter ialah ahli parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir dari Pejuang.

“Ikut mana pun, saya tak faham macam mana seorang bekas PM yang diputuskan bersalah atas tujuh kesalahan salah guna kuasa, CBT dan AMLA masih boleh bercakap soal belanjawan negara di Parlimen. Norma baru?” soalnya di Twiter.-SM

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button