Rencah Hidup

Apa salah Melayu Malaysia popularkan kurta dan buang terus baju Melayu?

Kerana terlalu banyak asimilasi, Melayu Malaysia moden tidak tahu yang mana fesyen daripada luar atau mana fesyen warisan sehingga kurta dipopularkan.

Misalnya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, pada saat orang-orang Pakistan atau pun India tak ingin pun untuk pakai baju Melayu, orang-orang kita sakan dok pulun jual dan beli kurta.

Bukan sahaja di bazar Ramadan atau pun bazar Aidilfitri, pusat beli-belah pun sama naik kaburkan imej dan rupa tradisi bangsa dalam negara ini dengan ayat, “Islam suruh tutup aurat sahaja”.

Mereka lupa atau angkuh dengan firman yang Allah ciptakan manusia ini berpuak-puak untuk saling kenal-mengenal? Puak-puak ini harus ada jati diri bangsa agar pegangannya lebih kuat dan kukuh.

Seperti mana adab dan adat Melayu yang kuat meletakkan Islam sebagai cara hidup, itu adalah sesuatu yang harus dipegang. Mana yang sudah dirosakkan, perlu dicantas dan julang ilmu yang hak.

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button