MahkamahNasional

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

SEORANG penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama, Johor, minggu lepas.

Tertuduh, Lim Seng Chai, 47, didakwa membunuh Tan Choo Gek, 73, antara pukul 7 malam dan 8.20 malam pada 18 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Dan sekiranya tidak dihukum mati mandatori, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan mental.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabihah Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 19 Jun lalu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dilapor berkata, seorang warga emas mati dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya yang menegur mangsa kerana membuat bising dalam kejadian di sebuah rumah.

Raiz Mukhliz dipetik sebagai berkata, wanita warga ema situ mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan leher kerana dipercayai dipukul oleh tertuduh iaitu anak mangsa.

Tertuduh didapati mempunyai rekod psikiatri lampau dan melakukan perbuatan ke atas mangsa dengan menggunakan senjata tajam. – BERNAMA – SM

BACA Ibu kandung, teman lelaki ditahan dera 2 beradik

BACA Suspek tikam ibu kandung hingga mati direman tujuh hari

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button