BeritaPendidikan

Pelajar diploma UPSI mendaftar masuk

Impian seramai 107 calon pengajian diploma melanjutkan pengajian di universiti pendidikan ulung negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tercapai apabila berjaya melalui proses pendaftaran pelajar bagi sesi kemasukan sesi dua sidang 2021/2022 semalam.

Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md Amin Md Taff berkata, proses perdaftaran pelajar secara bersemuka berkenaan berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengelak sebarang jangkitan wabak COVID-19.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang datang bersama keluarga masing-masing dan selamat datang ke universiti pendidikan ulung negara ini atau terkenal dengan panggilan Ibu Kandung Suluh Budiman ”, katanya.
Beliau berharap semua pelajar memanfaatkan segala peluang pembelajaran dan kemudahan prasarana yang terdapat di dua kampus iaitu Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjung Malim.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata pendaftaran membabitkan ambilan pelajar untuk mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Sains dan Diploma Sains (Matematik).
“Mereka akan menghadiri program suaikenal dan pelbagai taklimat selama tiga hari yang bakal dijalankan secara hybrid iaitu dalam talian dan bersemuka” katanya.
“Alhamdulillah, saya sempat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan beberapa keluarga dan mendapati kesemuanya meluahkan rasa gembira kerana berjaya mendapat tempat sekali gus menjadi Keluarga UPSI,” katanya.
UPSI selaku Universiti Nombor Satu Pendidikan, katanya, akan melakukan yang terbaik dalam mendidik dan melahirkan anak bangsa yang bitara dan menepati ciri-ciri pendidik dan graduan yang cemerlang” katanya.
Semua pelajar yang mendaftar, katanya, ditempatkan di Blok A dan Blok F, Kolej Awang Had Salleh, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Hadir sama dalam sesi pendaftaran pelajar berkenana ialah Pengetua Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Dr. Mohd Fadhil Abdullah dan Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan.

KETERANGAN GAMBAR
Dr Norkhalid (dua kiri) bersama Dr Mohd Nizam (kiri) turun padang bersama kakitangan bermesra dan membantu pelajar yang baru mendaftar di kolej kediaman, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City semalam.
(Gambar ihsan UPSI)

(Visited 1,097 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button