Bola SepakSukan

Mount, Abraham, Pulisic dan Tomori terpaksa dikuarantin selepas bercuti di Mykonos

BINTANG England, Mason Mount dan Tammy Abraham berserta dua lagi rakan sepasukannya dalam skuad Chelsea perlu menjalani kuarantin ekoran wabak Covid-19.

Pemain pertahanan, Fikayo Tomori, 22, dan pemain sayap, Christian Pulisic, 21, turut perlu mengasingkan diri mereka di bawah garis panduan Kerajaan.

Keempat-empat mereka telah bercuti di Mykonos dekat Greece sebelum sesi latihan pra-musim bermula, minggu lalu.

Abraham, 22, Pulisic dan Tomori turut memuat naik gambar mereka bersama sewaktu menikmati sinaran matahari di pulau tersebut.

Tiada seorangpun pemain-pemain berkenaan melaporkan diri mereka di pangkalan latihan Blues dekat Surrey sebagai langkah meminimumkan risiko daripada dijangkiti virus tersebut.

Chelsea masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada pemain-pemain terlibat diuji positif atau negatif coronavirus kerana difahamkan terdapat beberapa kes di kelab tersebut.

Kelab itu kini mematuhi protokol yang telah digariskan oleh pihak berkuasa bagi mengekalkan keselamatan dalam kalangan anggota skuad utama.

Musim baru yang bakal membuka tirai tidak sampai tiga minggu, telah memberi satu tamparan besar kepada bos, Frank Lampard.

Abraham dan Mount, 21, yang terpaksa dikuarantin turut menjadi isu kepada bos England, Gareth Southgate yang telah menamakan kedua-dua pemain berkenaan ke dalam skuad 24 pemain menjelang perlawanan Liga Negara-Negara Eropah.

Dua daripada rakan sepasukan mereka yang tidak dinamakan dalam skuad Three Lions telahpun diuji positif coronavirus selepas bercuti di kepulauan Greece itu.

Mykonos adalah sebahagian daripada Greece yang tidak memerlukan tempoh wajib kuarantin sebaik kembali ke United Kingdom.

Namun, bagi sesiapa yang mempunyai hubungan dengan individu yang positif coronavirus semasa berada di sana, mereka perlu mengasingkan diri di rumah selama tujuh hari. – The Sun UK – SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button