Nasional

Motorist, MIROS sediakan maklumat penilaian keselamatan kenderaan ASEAN NCAP dalam aplikasi

Motorist platform pengurusan Motorist.my hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Aplikasi Hebat Motorist secara rasmi di Malaysia, untuk membantu pengguna kereta di negara ini menguruskan semua aspek pemilikan kenderaan dengan mudah melalui telefon pintar mereka dengan satu aplikasi.

Motorist juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menambahkan ciri baru ke dalam aplikasi bersempena dengan pelancaran, iaitu maklumat mengenai penilaian keselamatan mengikut Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Martin Belson, Pengurus Besar Teknologi Motorist Sdn Bhd (Motorist.my) berkata, “Motorist bukan sahaja platform dan aplikasi jual beli kereta terpakai, la juga aplikasi yang akan membantu pemandu pada setiap fasa, daripada permulaan pembelian, pengurusan, servis pembaiki, hinggalah jualan kereta. Kami teruja untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada pemilik kenderaan di sini dan bekerjasama dengan MIROS untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kenderaan melalui aplikasi Motorist”.

Ditubuhkan di Malaysia sejak 2018 sebagai pengembangan dari Motorist di Singapura, di mana ia adalah platform concierge automotif terkemuka, Motorist adalah salah satu platform concierge automotif terbesar di rantau ini dengan lebih daripada 2,100 rakan automotif yang diperakui termasuk AXA Affin General Insurance, Etiqa Takaful dan Liberty Insurance Malaysia.

Dengan alat dan perkhidmatan pintar Aplikasi Hebat Motorist, pemilik kereta di Malaysia dapat:

• Terima pemberitahuan dan peringatan untuk tamat tempoh cukai jalan, pembaharuan insurans kereta, servis dan lain-lain.

• Terima makluman mengenai saman, denda lalu-lintas dan buat pembayaran terus melalui aplikasi.

• Menjimatkan masa dengan menerima sebut harga yang kompetitif dalam masa 24 jam untuk insurans kenderaan atau kereta yang ingin mereka jual.

• Terima jemputan untuk menyertai kumpulan sembang komuniti pengguna dengan model kereta yang sama

Antara ciri yang lebih menarik dari Aplikasi Hebat Motorist adalah ciri yang mendorong tabiat memandu dengan selamat, berdasar atas tujuan Motorist untuk memperkasakan pemandu pintar. Dengan hanya satu klik yang mudah di aplikasi, pemandu dapat akses kamera trafik langsung di semua lebuh rayau utama, sehingga mereka dapat memeriksa apabila ada kesesakan lalu lintas, sekatan jalan raya, banjir, atau kerosakan kereta sebelum mereka memulakan perjalanan. Di samping itu, dengan ciri ‘Co-Driver’ aplikasi, pemandu akan menerima amaran audio masa nyata ketika mendekati zon kamera penguatkuasaan polis, dan juga peringatan untuk memandu dengan lebih bertanggungjawab.

Azhar Hamzah, Pemangku Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ( MIROS ) berkata, “Keselamatan jalan raya dan kenderaan tetap penting di Malaysia kerana hampir 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari. Pihak berkuasa tempatan dan pihak automotif mesti bekerjasama untuk mencapai maklamat bersama, untuk memastikan keselamatan yang lebih baik bagi pemilik kenderaan.

Ciri untuk mendorong pandu dengan selamat di aplikasi Motorist boleh menolong mencapai tujuan itu dan kami teruja dapat bekerjasama dengan Motorist.my untuk memastikan maklumat mengenai penilaian keselamatan kenderaan (ASEAN NCAP) boleh juga didapati di dalam aplikasi mereka”.

Belson menambah bahawa Motorist.my juga akan terus mengutamakan kolaborasi yang lebih luas dengan organisasi yang berkaitan di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah untuk pengguna Motorist.my. Baru-baru ini Motorist.my bekerjasama dengan Etiqa Takaful untuk memberikan sebut harga insurans kenderaan bermotor yang lebih kompetitif kepada pengguna sebagai tambahan utama dalam penawaran perkhidmatannya.

Motorist kini mengadakan kempen pemasaran yang berlangsung sehingga 30 Januari 2023, di mana pemandu yang memuat turun Aplikasi Hebat Motorist boleh memenangi sebanyak RM2,000 harga tunai dalam cabutan mingguan dan produk Apple seperti iPhone 14, AirPods 3, Apple Watch SE dan banyak lagi.

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button