Politik
Trending

Motif pertemuan Muhyiddin mahu masuk MN?

WUJUD desas-desus mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Muafakat Nasional (MN) untuk bersama dengan UMNO dan Pas.

Hal demikian tercetus apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Desas-desus tersebut juga tercetus apabila terdapat dakwaan Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dikatakan hilang sokongan.

Sokongan itu dikatakan asalnya datang dari Sabah dan kumpulan yang sebelum ini merupakan penyokong bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“UMNO campur MCA dan MIC kita ada 42 kerusi, Bersatu cuma ada 12 kerusi, namun tujuh orang sahaja yang sokong beliau lima pula sebaliknya.

BACA > Najib tidak seret rakyat, parti bersengketa dengan hakim — Suara Merdeka

“Hari ini beliau gelabah, sebab apa?

“Semalam sudah ada lima orang daripada kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sembilan orang Parti Warisan Sabah dan empat daripada kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin.

“Tetapi kenapa beliau gelabah, sebabnya tuan-tuan, apa yang beliau buat pada hari ini?

“Dihantar Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu) untuk buat kerja merampas kerajaan di Sabah hari ini Shafie pun sudah tidak bersama dengan beliau.

“Tolak sembilan, tinggal lagi sembilan dan hari ini Ahli Parlimen daripada UMNO yang bersedia untuk meninggalkan PN lebih daripada sembilan.

“Bila mula hilang sokongan, baharu datang berjumpa dengan Ahli Parlimen UMNO mohon masuk MN.”

Demikian penjelasan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengeluarkan video siaran langsung dalam Facebooknya malam tadi.

BACA > Jho Low di Macau, Nik Faisal di Hong Kong — Suara Merdeka

Beliau juga berkata demikian mengulas pertemuan yang dilakukan Muhyiddin apabila bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Menurut beliau, pimpinan UMNO dan Pas wajar menolak permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada menyertai MN.

Ini kerana, ketika pembentukan awal penyatuan UMNO dan Pas sebelum tertubuh MN, kedua-dua parti itu berhadapan cabaran yang berat.

“UMNO BN dipandang hina kemudian bersama dengan Pas mewujudkan MN walaupun dalam keadaan kita dipandang hina, diherdik, dituduh perompak.

“Tetapi siapa yang dengan teguh berdiri mempertahankan MN, BN memberi suntikan semangat daripada awal sampailah hari ini kita menang enam pilihan raya kecil berturut-turut.

“Siapa dia tuan-tuan, tidak lain tidak bukan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hendak tanya kepada rakan-rakan dalam UMNO, wajar ke diberi kepada beliau masuk Muafakat Nasional?

BACA > Saksi beranggapan RM8.6 juta deposit, bukan pelaburan — Suara Merdeka

“Tetapi selepas apa yang beliau buat semalam ke atas Datuk Seri Najib, terus terang bukan setakat saya bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak boleh terimanya lagi.

“Saya yakin ramai di antara tuan-tuan semua tidak setuju,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lokman juga menyifatkan hukuman dan sabit kesalahan yang dijatuhkan kepada Najib Razak hanya bermotifkan dendam.

https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/videos/1651287945019959/

Ini kerana, tarikh Ahli Parlimen Pekan itu dihukum dengan tarikh bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dikatakn sama.

“Tuan-tuan 28 Julai 2015, beliau dipecat.

“Lima tahun kemudian selepas jadi Perdana Menteri dipilih tarikh yang sama untuk menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib.

“Hendak membalas dendam,” tegasnya.

BACA > Musa aman dakwa ada sokongan untuk tumbangkan Shafie — Suara Merdeka

Dalam kenyataan sama juga, Lokman dilihat menyifatkan hukuman diterima Najib Razak mempunyai motif dendam.

“Lepas jatuh hukum, peguam minta supaya diberi pengurangan tetapi tidak dibenarkan. Ok, itu hakim punya keputusan kita tak boleh pertikai.

“Tetapi, bila peguam Datuk Seri Najib meminta penangguhan hukuman, tidak terus kena bayar RM210 juta, dipenjara 12 tahun.

“Ketika itu Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya tidak dibenarkan untuk diikat jamin atau ditangguhkan hukuman.

“Mereka hendak terus sumbat Datuk Seri Najib di penjara Kajang yang mereka telah sediakan.

“Hari ini tuan-tuan, dia sudah jumpa dengan Ahli Parlimen BN menyatakan hasrat mahu masuk MN.

“Hari ini, bila beliau tahu Ahli Parlimen UMNO, mahu tarik diri daripada kerajaan PN, tiba-tiba dikaji menyatakan hasratnya untuk menyertai MN,” ujarnya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib Razak bersalah dalam tujuh pertuduhan.

BACA > Pemimpin Warisan mahu DUN Sabah dibubarkan — Suara Merdeka

Ketujuh-tujuh pertuduahan itu melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM4 bilion daripada SRC International Sdn. Bhd. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button