Politik

Rakyat Sabah ‘bengang’ isu PSS?

TAKUT hak mereka sebagai rakyat terhakis dek kebanjiran warga asing yang diberi layanan istimewa oleh Kerajaan Negeri.

Jika itu alasan yang diberikan, memang wajarlah rakyat Sabah menzahirkan kebimbangan terhadap kebanjiran warga asing dengan kemudahan Pas Sementara Sabah (PSS).

Selebriti tempatan, Alex Raja Lawak dalam temubual bersama UMNO Online berkata kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) sepatutnya mengkaji kesan terhadap penduduk di sini.

Beliau atau nama sebenarnya Alexander Ahat, 39, turut mempersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri membenarkan pemegang PSS dalam kalangan pendatang asing sehingga tiga tahun.

“Warga asing perlu perbaharui PSS pada setiap tiga tahun dan itu akan menyebabkan lebih ramai warga asing tinggal di sini.

“Tetapi Kerajaan Negeri dan Persekutan kata jangan bimbang, jangan bimbang. Jadi apa jaminann? Tiada jaminan,” katanya.

Dalam pada itu Alex yang juga penduduk di Parlimen Kimanis turut mempersoal status warga asing selepas PSS mereka tamat.

“Betul memberi penempatan di sini sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia tetap bagaimana dengan penduduk tempatan.

“Kami bayar cukai, mereka yang menikmati kemudahan di sini. Kami bimbang hak dan keistimewaan kami pun akan diberi kepada mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan PSS bagi menggantikan tiga dokumen warga asing di Sabah bermula tahun ini.

Kad PSS yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun nanti dilaporkan mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, gambar dan cap jari. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button