Berita

Parlimen: Tiada cadangan gubal akta perhubungan kaum – Timb Menteri Perpaduan

Kerajaan tidak akan menggubal akta perhubungan kaum untuk mengawal perkara melibatkan perhubungan kaum di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker berkata undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.

“Mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta termasuk subseksyen 4(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang menggubal satu akta perhubungan kaum atau ‘Race Relations Act’ untuk mengawal semua perkara melibatkan perhubungan kaum yang semakin tenat dan meruncing di negara ini.

Ti berkata mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan juga boleh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Akta lain ialah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah; dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, katanya. — BERNAMA

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button