Hiburan

Ibu terkilan, Aiman Tino mengaku kesilapan dirinya

PENYANYI Aiman Tino mengaku diri bersalah hingga menyebabkan ibunya memuat naik status terkilan dan anaknya itu sudah berubah di instagram.

Katanya, Aiman semua itu berpunca daripada sikapnya yang selalu lambat membalas mesej di Whatsapp atau menjawab panggilan hingga menimbulkan macam-macam andaian.

Ibunya baru-baru ini memuat naik status di Instastory bahawa terkilan dengan sikap anaknya itu yang sudah berubah hingga lupa pada keluarga.

Ibunya Hazelina Mat Jalil mendakwa Aiman sudah mengabaikan kerjaya dan dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

Ekoran itu katanyam dia segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.

(Visited 1,000 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button