NasionalNegeri

Dikompaun RM10,000 palsukan perniagaan untuk beroperasi dalam PKP

DEGIL membawa padah. Sebuah kilang pembuatan barangan plastik dikompaun RM10,000 dan diarah tutup serta-merta kerana memalsukan butiran dengan mengisytiharkan sebagai perniagaan perkhidmatan perlu untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis mengesan perkara itu semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Butterworth semalam.

“Pemeriksaan kami mendapati pemiliknya mengisytiharkan kilang itu menghasilkan barangan perubatan bagi mendapat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Namun ia sebenarnya menjalankan pembuatan barangan plastik,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pemeriksaan itu, katanya, polis turut menahan dua lelaki Indonesia berusia 30-an yang bekerja di kilang berkenaan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button