Politik

Calon PM: Agong belum yakin, beri peluang ketua parti kemuka semula nama

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih belum memperolehi keyakinan terhadap calon Perdana Menteri.

Pada hemat Baginda, berdasarkan temubual terhadap 222 Ahli Parlimen selama dua hari bermula Selasa lalu, calon berkenaan tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadli Shamsuddin, pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua pemimpin parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.

Baginda akan memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri ke-8.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Seri Paduka Baginda seterusnya akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama,” kata Ahmad Fadli.

-SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button