Nasional

MBSJ tawar 1,650 petak bazar Ramadan, permohonan secara online

Permohonan Permit Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi tahun 2024 kini boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) bermula 15 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023 dengan melayari laman web MBSJ di www.mbsj.gov.my.

Ia juga boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster yang telah dimuatnaik melalui platform media sosial MBSJ (facebook, instagram & twitter).

Peniaga yang berminat perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj sebelum membuat permohonan permit bazar ramadan di mana semua urusan permohonan adalah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (online) mengikut tiga prosedur utama iaitu mendaftar, memuatnaik dokumen sokongan dan pembayaran permit.

Keutamaan adalah diberikan kepada peniaga atau penduduk yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran MBSJ.

Untuk makluman bagi tahun 2024, sebanyak 25 lokasi Bazar Ramadan MBSJ yang akan disediakan di bawah kawasan MBSJ merangkumi jumlah keseluruhan 1,560 petak niaga.

MBSJ ingin mengingatkan kepada semua peniaga untuk membuat permohonan dengan lebih awal sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial MBSJ (facebook, instagram dan twitter) atau hubungi Jabatan Pelesenan MBSJ di talian 03 80264324. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button