Hiburan

Money Heist versi Korea Selatan

DRAMA siaran Netflix berjudul Money Heist yang sudah memasuki musim ke empat siarannya betul-betul memberi fenomena di dalam negara.

Walaupun terdapat komen negatif berkenaan drama yang berasal dari Sepanyol itu, jumlah tontonan yang berjaya direkodkan tetap tinggi di seluruh dunia.

Kini, terdapat khabar yang mengatakan bahawa siri drama bergenre jenayah itu akan diadaptasi ke versi Korea Selatan.

Menurut laporan Ilgan Sports, BH Entertainment dan ZIUM Contents akan bekerjasama untuk membuat adaptasi semula drama tersebut.

“Perbincangan antara pihak produksi dan Netflix kini sedang dilakukan,” lapor portal itu.

Khabar tersebut juga mendapat sambutan yang positif dikalangan pengikut drama di Korea Selatan apatah lagi Money Heist juga menjadi kegilaan di sana.

Peminat juga telah menyebut nama seperti Bae Doo Na dan Jo Jin Woong yang dilihat amat sesuai untuk membawakan watak Tokyo serta Profesor.

Money Heist ialah sebuah drama yang ditayangkan di Netflix dan sudah memasuki musim ke empat yang berkisarkan mengenai kisah rompakan bank dengan perancangan penuh teliti oleh ketuanya, Professor.

Industri seni Korea Selatan sudah beberapa kali melakukan adaptasi melibatkan drama atau filem luar.

Adaptasi filem paling terbaharu yang menjadi kegilaan penonton dalam negara ialah The World Of The Married yang diadaptasi dari filem Inggeris berjudul Dr. Foster: A Woman Scorned. -SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button