Travel

Nak tahu sejarah ‘Rundingan Baling’, mai datang Muzium di Baling, Kedah

Galeri Rundingan Baling kini dibuka buat pengunjung semua yang ingin mengetahui sejarah perjuangan tanah melayu yang pernah berlaku pada tahun 1955 terletak di bersebelah Sekolah Kebangsaan Tunku Negeri Kedah.

Mempamerkan peristiwa sejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan antaranya Darurat yang pernah berlaku di Tanah Melayu, Kezaliman, Komunis, Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu.

Masa Melawat Mezium Baling, Kedah

Melibatkan pihak kerajaan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, David Marshall dengan parti Komunis Malaya (PKM) yang terdiri daripada Ching PengChen Tien dan Rashid Maidin.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Kedah, Encik Suhaidi  objektif galeri ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang perjuangan beberapa tokoh penting.

Pengarah Muzium Negeri Kedah, Encik Suhaidi

‘’Di dalam galeri ini kita tidak menceritakan tentang rundingan Baling semata-mata, di sini kita telah kembangkan pameran dan pelawat juga dapat pengetahuan sejarah sebagai contoh darurat, apa itu parti komunis Malaya dan penjuagan penduduk tempatan.

‘’Terdapat beberapa koleksi dan artifak kami pameran antaranya, kerusi yang digunakan oleh pemimpin, kipas angin, sepucuk senapang, manuskrip, Salinan perjanjian Baling dan risalah Jepun dan Komunis.’’ Katanya pada Suara Merdeka.

Kerusi yang digunakan untuk rundigan Baling

 

Antara artifak yang di pamerkan, kerusi dan Kipas

 

Manuskrip sejarah rundigan Baling

Selain sejarah tentang peristiwa Baling ini, galeri ini juga mempamerkan sejarah asal usul nama Baling melalui Mitos Raja Bersiong yang berkait rapat dengan sejarah asal usul nama di beberapa tempat di Baling.

Sedikit sebanyak pameran yang terdekat di dalam galeri ini menunjukkan tentang kisah hidup masyarakat dan kegiatan ekonomi pada zaman dahulu di Daerah Baling.

Artikle Berkaitan :>

Mengenali sejarah Malaysia, fahami sejarah dan orang-orang Melayu

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button