Hiburan

Mohon maaf tak ikhlas, Ellie nekad cari ibu Imran di Hospital

PELAKON dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty Omar, bertegas dengan pendiriannya mahu bertemu ibu bapa pempengaruh sensasi, Imran Bard, bagi menuntut permohonan maaf secara langsung!

Malah, Ellie tanpa ragu menyatakan kesanggupannya untuk bertemu mereka, lebih-lebih lagi jika benar ibu Imran sedang menerima rawatan di hospital.

@imeringue2

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

“Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit, elok kita datang melawat. Tapi saya tetap tuntut ibu bapa dia untuk mohon maaf!” tegasnya kepada mStar Online hari ini.

Ellie juga menolak mentah-mentah permohonan maaf Imran, menyifatkan ia hanya satu lakonan tanpa keikhlasan.

“Saya tak perlu pun permohonan maaf dari dia. Video yang dia buat itu nampak sangat tidak ikhlas! Dia yang cipta content menjatuhkan nama saya, jadi kenapa pula saya harus jumpa dia? Lebih baik saya terus bersemuka dengan ibu bapa dia,” ujarnya penuh tegas.

Lebih membara, Ellie menafikan dakwaan bahawa video Imran hanyalah satu parodi atau sekadar hiburan.

“Orang boleh bercakap sesuka hati, kutuk dan maki, sebab mereka tak duduk dalam situasi saya. Bayangkan kalau ibu bapa mereka dihina sebegitu, apa perasaan mereka? Ini bukan parodi! Jangan guna istilah parodi kalau tak faham maksud sebenar!” katanya lantang.

Semalam, Ellie mengadakan satu sidang media meluahkan rasa marah terhadap salah satu video yang dimuat naik Imran Bard, yang didakwanya telah mencemarkan nama baiknya. Berikutan itu, Ellie menuntut ibu bapa pempengaruh tersebut tampil memohon maaf secara terbuka.

Tidak lama selepas sidang media tersebut, Imran Bard akhirnya memuat naik video permohonan maaf, namun mendakwa ibunya sedang menerima rawatan di hospital dan tidak boleh berjumpa dengan Ellie buat masa ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button