NasionalNegeriPolitik

Mohd Shukri MB Perlis baharu

MOHD. Shukri Ramli sah sebagai Menteri Besar Perlis Ke-8 setelah mengangkat sumpah di Balai Mengadap, Istana Arau, petang ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada kira-kira pukul 4 petang ini.

Mohd Shukri menandatangani watikah pelantikan sebagai Menteri Besar di Istana Arau. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

Berkenan hadir Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mohd Shukri, 61 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mencatatkan sejarah apabila menjadi Menteri Besar pertama dari parti Pas di Perlis.

Sebelum ini sehingga ke PRU14, Menteri Besar Perlis sekian lama didominasi oleh parti Barisan Nasional (BN).

Mohd Shukri dilantik sebagai Menteri Besar Perlis selepas Perikatan Nasional (PN) menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) dan Tuanku Syed Faizuddin berkenan bergambar dengan Mohd Shukri selepas istiadat pelantikan Menteri Besar di Istana Arau petang ini. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

PRU15 ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menang tiga kerusi Parlimen dan 14 dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Lagipun inilah janji PN Pusat yang telah mengumumkan sebelum itu, jika berjaya menawan Perlis maka Menteri Besar adalah dari parti Pas.

Mohd Shukri juga mengekalkan kemenangan di DUN Sanglang bagi penggal ke tiga dengan majoriti 3,335.

Bekas guru ini menang kerusi DUN Sanglang sejak PRU13.

Beliau yang merupakan Pengerusi PN Perlis dan juga Pesuruhjaya Pas Perlis ini dikenali sebagai seorang pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat.

Tahniah dari Suara Merdeka, selamat memimpin Perlis Baharu ke mercu kejayaan. – SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button