Hiburan

Sabar Mama – Kata Noah kepada ibunya Bunga Citra Lestari

PEMERGIAN Ashraf SInclair buat selama-lamanya terus mengundang duka yang mendalam buat keluarganya, terutama isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah.

Namun, Noah dilihat tabah berhadapan kehilangan bapanya itu terutama ketika berhadapan dengan wakil-wakil media yang membuat liputan.

Tidak kelihatan air mata di wajah anak kecil berusia sembilan tahun itu.

Perkara itu turut diakui sahabar rapat keluarga itu, Titi Kamal yang sentiasa berada di samping Bunga Citra Lestari dan Noah sepanjang tempoh itu.

“Noah nampak dewasa. Dia cakap kepada ibunya ‘sabar mama’,” kata Titi Kamal seperti yang dipetik dari saluran YouTube Kompas TV.

Pemergian Ashraf Sinclair, 40, secara mengejut akibat serangan sakit jantung, mengejutkan peminat seni tanah air dan negara jiran Indonesia.

BERITA BERKAITAN: Ashraf Sinclair, suami BCL meninggal dunia

BERITA BERKAITAN: Ashraf, Bunga: Air mata ‘Wanita Terbahagia’

Ashraf yang bernikah dengan Bunga Cinta Lestari atau BCL lebih banyak menetap di Indonesia serta berlakon di dalam drama bersiri di negara berkenaan disifatkan sebagai pasangan yang sangat cocok dan bahagia.

Lagu ciptan BCL iaitu Wanita Terbahagia jelas menggambarkan kebahagian rumah tangga yang didirikan oleh pasangan berkenaan.

Foto-foto mesra pasangan berkenaan sering menjadi sorotan dan kekaguman para peminat pasangan itu.

Kini mereka turut bersedih dengan pemergian Ashraf dan mendoakan supaya BCL dan anaknya Noah tabah mengharungi dugaan itu.

Media di Indonesia melaporkan Bunga menangis tak henti hingga membuat hadirin yang berada di rumahnya di Jakarta menjadi hiba.

Jenazah dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat pada petang selepas waktu zohor di Indonesia semalam.

Sayu apabila melihat seorang lagi pelakon Malaysia pergi meninggalkan kita buat selamanya dan sejak awal tahun ini terlalu banyak berita kematian yang sangat menyedihkan termasuk baru-baru ini pemergian Abam Bocey.

Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia sembilan tahun, Noah Aidan Sinclair.

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button