Politik

Jangan pisahkan politik dengan agama – Abdul Hadi

POLITIK dengan urusan agama tidak seharusnya dipisahkan kerana ia perlu menjadi pegangan dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam.

Ini kerana politik dikatakan sebagai sebahagian daripada ketetapan Allah SWT dan manusia diberikan peranan menguruskannya.

Malah, politik juga merupakan sebahagian daripada ilmu fiqah Islam yang sangat penting.

“Malangnya ramai di kalangan umat Islam terpengaruh dengan ajaran bukan Islam yang memisahkan politik daripada urusan agama.

“Sehingga mengakibatkan munculnya orang-orang yang jahil terhadap agama.

BACA > Kadir Jasin kena pulangkan duit UMNO – Puad — Suara Merdeka

“Lalu mereka itu bercakap dan menulis perkara melibatkan urusan politik menggunakan akal semata-mata tanpa merujuk kepada ilmu Islam yang menjadi sebahagian daripada mukjizat al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW.”

Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diterbitkan portal Harakahdaily, semalam.

Menurut Hadi, keburukan yang datang apabila memisahkan politik dengan agama adalah kerosakan akidah.

Ini kerana menurut beliau terdapat musuh Islam yang sanggup menjadikan pemisahan itu sebagai alasan untuk menyebarkan kekeliruan.

Termasuklah meragukan orang ramai terhadap Islam dan perjuangannya yang sebenar.

“Ramai di kalangan penganut Islam yang hanya berfikir untuk mencari makan dan menjadi khadam mereka, semata-mata untuk mendapatkan imbuhan.

“Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa pemikiran yang disebarkan itu sebenarnya menempah dosa yang berpanjangan sehingga meninggal dunia.

BACA > Pergolakan DAP Sarawak: Pengerusi terkejut Naibnya umum keluar parti — Suara Merdeka

“Allah SWT memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman, supaya berilmu dan beramal dengan ikhlas berkonsepkan aqidah yang benar-benar daripada-Nya,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai termasuk penyokong politik supaya tidak menyokong secara provokasi.

Malah, sentiasa berwaspada terhadap golongan yang menggunakan media dan sukarelawan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat bertentangan Islam.

“Kita disuruh agar memohon petunjuk ke jalan yang benar dengan mengikuti ajaran para nabi, orang-orang yang siddiq, syuhada dan orang-orang yang soleh.

“Begitu juga kita tidak ingin mengikuti jalan orang yang dimurkai oleh Allah SWT.

“Mereka itu daripada kalangan orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bahkan menyesatkan orang lain.

BACA > Pengunjung ke Sarawak: Perlu kuarantin jalani ujian Covid-19 — Suara Merdeka

“Selain itu, kita memohon kepada Allah dijauhkan daripada jalan orang-orang yang sesat tanpa ilmu dan pengetahuan.

“Lebih malang mereka di kalangan yang jahil murakkab sebagaimana ditakrifkan oleh Imam al-Ghazali iaitu mereka yang tidak tahu atau tidak sedar diri jahil masing-masing dan juga bersifat takabbur,” ujar Hadi lagi.

Dalam pada itu, Hadi turut memaklumkan terdapat dua golongan musuh Islam yang cuba memecahbelahkan agama sehingga mengakibatkan kerosakan akidah.

“Pertama, ada sebahagian yang mendedahkan diri sendiri, bahkan ada yang menentang Islam secara terbuka seperti mempersendakan hukum Islam yang mereka fikirkan bodoh dan tidak bertamadun.

“Sehingga perbuatan mereka itu menunjukkan diri mereka sendiri paling tidak bertamadun di rimba.

“Kedua, ada juga kalangan mereka yang berpura-pura menyokong Islam secara provokasi, supaya dilaksanakan syariat Islam tanpa ada sifat bertafaqquh.

BACA > Dihina di dunia tetapi kaya di akhirat — Suara Merdeka

“Sedangkan mereka jugalah yang menjadi penghalang dan bersekongkol dengan musuh Islam kerana mahukan kemenangan dunia yang segera tanpa mempedulikan wawasan akhirat,” katanya. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button