fbpx
Politik

Mohd. Puad tegaskan siapa pengkhianat sebenar

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan pengkhianat sebenar adalah pemimpin yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat.

Beliau menegaskan demikian mengulas perbahasan Belanjawan 2021 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menyentuh ‘kejujuran politik’.

Katanya, syarat yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk menyokong belanjawan berkenaan bukanlah gimik, sebaliknya demi kelangsungan rakyat.

“Justeru jangan memandai tuduh sokongan “Bajet Bersyarat” BN adalah pengkhianat. Syarat itu adalah untuk kelangsungan rakyat. Bukan untuk kahwin Puteri Gunung Ledang.

“Sebenarnya yang mengkhianati rakyat adalah yang ego dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat di saat paling sukar.”


Kata Mohd. Puad yang dalam masa sama mengingatkan kerajaan bahawa UMNO tidak gentar dengan sebarang ugutan untuk tidak menyokong Belanjawan 2021.

Malah, beliau juga membayangkan kenyataan Ahmad Zahid itu menunjukkan UMNO sebagai ‘King Maker’ sebenar apabila berani meminta ‘usul percaya’ dalam Dewan Rakyat.

Keadaan itu meletakkan UMNO pada landasan yang tepat untuk parti itu mendapatkan kepercayaan rakyat dengan membela nasib mereka dalam Parlimen.

Berbanding mengikut telunjuk kerajaan yang akhirnya menyebabkan rakyat terus tersepit akibat tekanan ekonomi susulan ramai yang membantah Belanjawan 2021.

“Justeru Ahmad Zahid menyarankan ‘usul percaya’ atau sebaliknya hendak diuji di Dewan Rakyat.

“Baginya, Kerajaan perlu menjadikan ‘usul percaya’ itu sebagai urusan kerajaan. Usul itu mesti diletak disenarai atas urusan kerajaan.

“Apakah Perdana Menteri berani dan gentleman? Ya, jika ada ‘kejujuran politik’. Sebab itu tegas Zahid proklamasi darurat di seluruh negara atas alasan apa sekalipun wajib ditolak.

“Cukup jelas pendirian UMNO mengenai darurat.”

“Akhirnya Ahmad Zahid membuat kesimpulan penting iaitu suara rakyat adalah suara keramat. Daripada rakyat kita diberi mandat maka kepada rakyat kita serahkan mandat,” katanya. – SM

(Visited 6 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button