Nasional

Mohd Khalid Ismail KPN baharu

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan Dato’ Sri Haji Mohd Khalid Haji Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15.

Pelantikan rasmi ini menandakan satu lagi detik penting dalam sejarah kepimpinan tertinggi PDRM, sekali gus mengiktiraf kredibiliti serta pengalaman luas beliau dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Dato’ Sri Haji Mohd Khalid yang dilahirkan di Manong, Perak, merupakan figura penting dalam struktur perisikan negara menerusi Cawangan Khas, di mana beliau pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah E4, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas pada tahun 2023.

Dengan latar belakang yang kukuh dalam bidang keselamatan strategik dan risikan, beliau diyakini mampu meneruskan kesinambungan kepimpinan cemerlang PDRM, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan moden termasuk jenayah siber, ekstremisme, dan jenayah transnasional.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button