Politik

Mohamed Azmin pengerusikan mesyuarat pertama PN Selangor

PERIKATAN Nasional (PN) sedang berusaha mengukuhkan kedudukannya di Selangor apabila mengadakan Mesyuarat Badan Perhubungan pertama kali itu pada Ahad lalu.

Malah, mereka dilihat bercita-cita untuk menerajui Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bersama komponennya.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilihat yakin dengan kebersamaan komponen dalam PN seperti partinya sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersama Bersatu juga seperti Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang baharu menyertai gagasan itu bulan ini.

“Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor pada Ahad, 21 Februari 2021 yang lalu.

“Kehadiran penuh mesyuarat khususnya di kalangan pimpinan parti-parti anggota; BERSATU, PAS dan GERAKAN menggilap tekad dan semangat juang kami untuk PN menerajui Selangor.”

Kata Mohamed Azmin hari ini dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya memaklumkan PN memulakan pemnbentukan Badan Perhubungan PN di setiap negeri.

Tambahnya, dalam mesyuarat itu PN Negeri Selangor berjaya membentuk satu kesepakatan memperkukuh kerjasama dalam usaha menerajui Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Justeru itu, mesyuarat sulung Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor telah mencapai kesepakatan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada.

“Serta melangkah maju sebagai satu kekuatan dalam PRU-15 dan pasca pilihan raya bagi membentuk Kerajaan yang utuh dan stabil dengan penyertaan parti-parti anggota yang lebih unggul dan peranan yang dinamik,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, ramai bertanggapan Kerajaan PN kini diambang pembubaran selepas Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, bertitah Parlimen boleh bersidang ketika penguatkuasaan Perintah Darurat.

Hal berkenaan didakwa beberapa pemimpin politik seteru menjadi mimpi ngeri bagi PN kerana kedudukan mereka akan ditentukan dalam sidang Parlimen. – SM

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button