HiburanParlimen

Coldplay sokong Palestin ‘tiket besar’ teruskan persembahan esok?

HEBAT sungguh artis berkumpulan dari Barat yang dikenali sebagai Coldplay apabila mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menjadi topik di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Perdana Menteri Anwar, beliau akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan tentang persembahan Coldplay yang dijadul berlangsung esok bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan nanti, apakah perlu diteruskan penganjuran konsert kumpulan Coldplay ini.

Hanya kerana Coldplay sokong Palestin maka kebenaran untuk mereka mengadakan persembahan esok dipertimbangkan.

Senarionya begini: Kata Perdana Menteri, ada pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin menyatakan sokongan mereka terhadap penganjuran konsert Coldplay.

Pada masa yang sama, terdapat pihak lain yang menyarankan agar konsert itu dibatalkan, ujar Perdana Menteri Anwar.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin. Jadi, ada masalah sikit saya nak beritahu.

“Dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti berhubung keadaan ini.

“Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan mereka beri pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya.

“Kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan, memandangkan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang turut menyarankan agar konsert berkenaan dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza, Palestin, selain bimbang insiden tidak senonoh dilakukan kumpulan pop rock dikenali sebagai The 1975 pada Julai berulang.

Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour. – SM

BACA Pengguna perlu bijak dapatkan tiket konsert Coldplay

BACA Tiket Coldplay dijadikan mas kahwin

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button