Nasional

Mohamaddin Ketapi sedia ke mahkamah

BEKAS Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi meminta pihak yang mengaitkan dirinya dengan kes rasuah bekas setiausaha sulit kanannya supaya mengemukakan bukti berdokumen.

Beliau turut bersedia dibawa ke mahkamah jika ada bukti mengenai perkara itu.

“… jika ada bukti kemukakan fail, kita lawan di mahkamah,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Warisan Sabah bagi sayap Wanita, Wira dan Wirawati Bahagian Lahad Datu, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media hari ini mengenai bekas pegawai kanan bekas seorang menteri dan tunangnya direman lima hari bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta yang dibayar sebuah syarikat untuk mendapatkan projek kementerian yang diterajui Mohamaddin.

Perintah reman hingga 19 Ogos itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata, beliau menerima ancaman dan juga ‘tawaran’ selepas isu setiausaha sulit kanannya dicari SPRM dilaporkan oleh media.

Media pada 12 Jun lalu melaporkan SPRM menjejaki suspek bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pengiklanan di kementerian itu bernilai RM90 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.-SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button