JenayahNasional

Kes kematian Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan dari dashcam penduduk

POLIS mengesan pergerakan hasil analisa yang diperoleh daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk yang diterima mereka, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, bagaimana pun pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

“Memang ada pergerakan tetapi kena ‘enhance‘ (mempertingkatkan kualiti lebih lanjut) video itu sama ada individu atau objek lain.

“Sama ada penduduk atau suspek, kena tunggu video itu. Setakat ini kita tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Hussein berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan.

“Betul kita minta bantuan JPS hari ini bagi melihat dalam takungan itu sama ada wujud sebarang bukti baharu tetapi setakat ini, tiada penemuan bukti baharu.

“Polis masih berusaha bagi mengumpul lagi keterangan dan risikan untuk mengenal pasti suspek,” katanya.

Mengulas berhubung pemeriksaan pihaknya di blok lain semalam, beliu berkata, proses berkenaan adalah sebahagian daripada ‘mass screening‘ (ujian beramai-ramai).

“Keputusan ‘mass DNA screening‘ (ujian DNA beramai-ramai) penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai dijangka diperolehi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Jumlah keseluruhan sampel DNA yang diambil ialah sebanyak 228 sampel,” katanya.

Dalam pda itu, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini masih meneruskan siasatan yang masuk hari keenam di Apartmen Idaman.

Tinjauan di lokasi mendapati sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik PDRM dipercayai dari Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi jam 11.45 pagi.

Difahamkan, kehadiran mereka ke lokasi bagi meneruskan siasatan bagi mencari bukti dan petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan kes itu.

Turut dilihat berada di lokasi adalah kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Difahamkan JPS akan membantu polis menyedut keluar air di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan pada 6 Disember lalu.

Kerja mengepam air kedengaran bermula jam 12.20 tengah hari tadi dan ketika ini keadaan di lokasi, hujan lebat.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, Rabu lalu. – SM

BACA Polis sahkan kematian adik Zyn Rayyan dibunuh

BACA Hasil bedah siasat adik Zayn Rayyan cuba pertahankan diri

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button